02 September 2012

Home » , , » Wanita Sakit Mental Ini Beranak Tepi Jalan! (6 Gambar)

Wanita Sakit Mental Ini Beranak Tepi Jalan! (6 Gambar)


OMG! Wanita Sakit Mental Ini Beranak Tepi Jalan! Wanita sakit mental pun tahu jaga anak. Wanita Mentalayu pula sanggup buang anak. Siap letak bayi kat sarang kerengga lagi. Giler ah!

Jum layan gambar bagaimana wanita mental ini menjaga anaknya.



Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah telah melahirkan anak lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun, bandar Guangzhou, China. Dengan hanya berbekalkan gunting yang dibawa ke mana sahaja, wanita malang itu telah menggunting tali pusat bayinya itu dan urinya telah dicampakkan ke dalam tong sampah.

Selepas itu, si ibu dilihat berjalan sejauh enam kilometer di sebatang jalan sambil mengendong bayi lelakinya itu. Lebih malang lagi, bayi berkenaan tidak dibalut atau diselimutkan dengan sebarang kain. Orang ramai yang melihat situasi wanita itu cuba untuk menghulurkan bantuan dengan membawa wanita dan bayinya ke hospital yang berdekatan, tetapi wanita itu langsung tidak memperdulikan pelawaan tersebut. Tetapi, atas desakan orang ramai, wanita itu dibawa juga ke sebuah hospital untuk diberikan rawatan lanjut. Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana.

 Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar itu. Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran. Polis dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital. Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk. Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang dibuang.


sumber: Forum cari

0 comments: