GEDIK TROLL: Bekas Tunang Apex, Elia Sudah Berkahwin. Elia pemilik blog jejariruncing.blogspot.com cuba men'troll' peminatnya dengan gambar perkahwinan di blognya. Gambar pengantin yang sengaja tidak dipaparkan wajahnya membuat orang ramai tertanya-tanya siapakah yang melangsungkan perkahwinan berkenaan. Adakah Bekas Tunang Apex, Elia Sudah Berkahwin?
Menerusi penulisan di blognyaElia hanya menulis tajuk entri ‘Teaser ;)’ yang menceritakan suasana perkahwinan secara ringkas.
Turut diletakkan sekali adalah gambar-gambar akad nikah seorang gadis yang mirip wajah sepertinya serta beberapa keping gambar suasana majlis bahagia itu sedang berlangsung.
Tetapi, gambar si gadis itu tidak menampakkan wajah yang terang dan seterusnya menimbulkan tanda tanya kepada pembaca setia blognya.
Elia juga turut menyatakan yang dia bersyukur kerana majlis di sebelah pihak sudah berjalan dengan lancar.
Cuma, minggu ini masanya masih lagi sibuk dan tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut memandangkan resepsi perkahwinan sebelah pihak lagi akan berlangsung pada minggu ini.
Yang menjadi persoalannya, benarkah Elia yang berkahwin? Nampaknya, Elia hanya bermain teka-teki dan membiarkan pembaca tertanya-tanya benarkah dia sudah menamatkan zaman bujangnya selepas kecewa dengan Apex.
Ada juga beberapa pembaca yang memberikan komen yang mengucapkan tahniah di atas hari bahagia Elia.
Juga, ada yang tertanya-tanya siapakah gadis yang di dalam gambar yang tersorok wajahnya.
kak erin aka ticer yang kahwin dulu. Nampaknya Elia masih menanti jodohnya
Sumber: Forum Cari
0 comments:
Post a Comment