Showing posts with label cerita seram. Show all posts
Showing posts with label cerita seram. Show all posts

29 September 2012

CARTA TOP 10 Gambar Hantu Popular Hingga 2012


CARTA TOP 10 Gambar Hantu Popular Hingga 2012. Percaya atau tidak, tapi inilah kenyataan apabila hantu pelbagai spesis memunculkan diri mereka dan gambal diambil secara tak sengaja. Agak-agak korang yang mana paling seram?
1. Hantu Budak Cina Tol Plaza


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.
2. Hantu Kereta Remuk
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.
4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan
Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.
5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.
6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
7. Pocong Di Kawasan Kilang
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada
Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.
9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.
10. Wanita Kebaya Merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

22 September 2012

TOP 4 Rumah Berhantu Di Shah Alam (Gambar)


TOP 4 Rumah Berhantu Di Shah Alam (Gambar)

Mesti korang pernah baca kat internet pasal rumah berhantu kat Shah Alam kan? Berikut adalah TOP 4 Rumah Berhantu Di Shah Alam. So, meh baca hasil tulisan seorang hamba Allah kat bawah ni..
 
Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan? So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak? 

Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah. Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Jom kita baca disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :

1. Banglo Kayangan, Seksyen 12, Shah Alam


Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang. Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan? Banglo ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam. 

Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2. Seksyen 2, Shah Alam (Mungkin dah roboh)


Rumah lama dahulu penghuninya India, ditinggalkan lewat 80an, jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah. Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu. Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

3. Rumah tepi SIRIM, Seksyen 2, Shah Alam


Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

4. Rumah RM50, Seksyen 2, Shah Alam


Rumah ni merupakan rumah yang paling femes kat Shah aLAm ni. Tentang rumah ini, terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (taip je kat Google kalau nak baca). Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita. 

Amacam? Sapa yang ada cerita versi lain tentang rumah berhantu kat Shah Alam ni, boleh tulis dekat komen yer.. 

Sumber: carigold.com